TLC: Kenali Komponen Komputer
23 April 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan bersama Tadika Lagenda Cemerlang (TLC) sepanjang tahun 2015. Program ICT telah menjadi salah satu subjek di dalam P&P tadika. Program ini telah berlangsung pada 22 April 2015 di bilik latihan Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 10. Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang murid- murid yang berusia 4 tahun. Kelas ini telah dikendalikan oleh Penolong Pengurus PI. Tujuan kelas ini adalah untuk memastikan murid- murid mahir dalam penggunaan tetikus. Setiap murid dikehendaki memegang serta menggerakkan tetikus di samping memerhati pergerakan kursor yang terdapat di skrin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: